Rabu, 6 Mei 2009

TENTANG PENTERNAKAN DAN BAJA

PENGENALAN

Vermikompos adalah baja kompos yang terbentuk hasil dari pemeliharaan cacing di dalam kompos. Vermikompos mengandungi najis cacing yang bercampur dengan bahan-bahan organik yang mereput seperti jerami padi, rumput dan lain-lain sisa bahan tanaman. Vermikompos mengandungi pelbagai unsur nutrient yang sangat sesuai untuk tanaman. Ia juga mengandungi mikroorganisma yang dapat membantu menguraikan sebatian kompleks kepada unsur yang boleh diambil oleh tanaman.


KEBAIKAN VERMIKOMPOS
1. Memperbaiki struktur tanah
2. Memperbaiki kandungan biologi tanah dengan penambahan mikroorganisma, hormon dan juga enzim.
3.Membekalkan unsur-unsur yang diperlukan untuk pertumbuhan pokok
4.Mengandungi humus yang berguna untuk meningkatkan kesuburan tanah

Maklumat dari :- Pertanian Manjung Perak







Sebelum menternak cacing, anda perlu fahami :-
1. Cacing dan jenis-jenisnya

Penternakan cacing kompos boleh di katakana masih baru di Malaysia walaupun telah lama diperkenalkan di negara-negara membangun yang lain seperti di Indonesia, Korea, Brazil, Australia dll. Terdapat 1800 spesis cacing yang dikenalpasti dan hanya 9 jenis yang sesuai dikomersialkan dan hanya 5 jenis yang sesuai di ternak di Malaysia iaitu:

1. Lumbricus Rubellus
2. Eisenia Foetida
3. Pheretima Asiatica
4. Pherionyx Excavatus
5. Diplocardia

Daripada lima jenis di atas jenis yang paling sesuai dan mudah di ternak ialah Lumbricus Rubellus atau dikenali dengan nama cacing harimau atau cacing merah. Di bawah adalah antara ciri-ciri cacing dari jenis Lumbricus Rubellus

1. Bentuk tubuhnya seakan-akan pipih
2. Dihujungnya ada tanda kekuningan
3. Jumlah segmen sekitar 90 hingga 195, dimana Klitelum terdapat pada segmen 27 hingga 32
4. Jenis ini memiliki tubuh kecil, tetapi apabila diternak secara intensif, saiz tubuhnya boleh membesar, menyamai jenis yang lain
5. Pergerakan cacing ini lambat, dan sering diam apabila dipegang

Kitar Hidup dan Pembiakan



Biasanya cacing tanah hidup pada julat suhu yang agak luas, iaitu 18–30°C. Cacing bersifat hermaprodit, iaitu memiliki kedua-dua organ seksual jantan dan betina dalam satu individu. Telur daripada ovum seekor cacing disenyawakan oleh sperma daripada cacing pasangan pembiakannya. Dalam keadaan yang sempurna seekor cacing dewasa boleh menghasikan sebutir kokun setiap 7–10 hari. Semasa bersenyawa, dua ekor cacing yang sama saiz boleh berpasangan untuk mengeluarkan telur dan mensenyawakan telur dengan sperma. Eisenia foetida juga dikenali sebagai cacing harimau, cacing belang atau cacing bawang putih kerana lendir yang berbau bawang putih. Warna badan ialah coklat tua dengan belang kuning yang jelas kelihatan. Panjang badan mencapai 75 mm. Cacing dewasa mempunyai struktur klitelum yang terletak pada pada segmen 26–32 dan membengkak.Sebuah tiub yang berada pada bahagian klitelum cacing dewasa mengeluarkan mukus atau lendir. Lendir ini membungkus telur-telur yang telah tersenyawa lalu membentuk suatu struktur yang dipanggil kokun. Kokun merupakan sebuah kapsul yang mengandungi antara 4–20 biji telur di dalamnya. Terdapat suatu liang pada satu hujung kokun. Liang ini merupakan tempat anak cacing keluar selepas menetas. Anak cacing boleh masuk semula ke dalam kapsul apabila keadaan persekitarannya tidak sesuai. Kokun atau kapsul yang mengandungi telur Eisenia foetida berukuran lebih kurang 2 × 1.5 mm dan berbentuk bujur (gambar 3). Warna kokun berubah daripada coklat terang kepada coklat gelap apabila hampir menetas. Sebutir kokun mempunyai lebih kurang 4–20 biji telur dan menghasilkan 2–4 anak. Apabila menetas anak cacing keluar dari hujung liang terbuka pada kokun . Anak cacing menjadi dewasa selepas 60–90 hari.


APLIKASI DAN PENYIMPANAN EM



EM adalah kumpulan bakteria semulajadi yang terdapat pada alam. Gabungan bakteria yang berperanan sendiri akhirnya membentuk suatu kerjasama dan apabila diberi kepada alam ianya memberi faedah yang menakjubkan kepada alam sekitar dan kehidupan.
Aplikasi penggunaan khusus bergantung kepada keadaan dan perawatan tertentu.Kajian haruslah dilakukan bagi memastikan kaedah paling berkesan dan ekonomikal.
EM adalah benda hidup. Pengaktifan, penyimpanan dan aplikasi adalah fasa terpenting dalam menentukan keberkesanan penggunaan EM.

Penyimpanan:
Jika anda pengguna Probac:
-Elakkan simpan di tempat haba atau bergoyang.
-Untuk hasil terbaik guna serta merta atau dalam masa 14 hari selepas dibuka.Penyimpanan yang baik boleh menjangkau 2bulan.

-Lepaskan gas yang terhasil dalam botol setiap hari dan ketatkan semula.Gas akan berkurangan pada minggu ke-2.

-Gunakan air tidak berklorin untuk aplikasi anda (simpan takungan air 48jam).
-Bau masam-masam manis.
-Jangan berjimat dan simpan terlalu lama. Gunakan untuk mandi, bunga pasu, tandas, sinki dsb.
-Jika bau busuk seperti telur busuk, jangan gunakan dan buang terus ke dalam longkang.

Aplikasi:

-Rujuk label untuk aplikasi tertentu.
-Rawatan setiap hari jika perlu.(Cth: untuk ternakan sebaiknya rawat selama 3 hari berturut-turut sebelum rehat selama 7 hari.)
-Rawatan berselang seli.(cth:hari 1,3,5,7,9 dan seterusnya)
-Rawat secara kerap dan boleh dikurangkan setelah masalah berkurangan/hilang.
-Rawatan dari peringkat permulaan hingga tuaian.

Tujuan rawatan adalah untuk mewujudkan persekitaran EM( EM environment).



EM-1 Dalam Persekitaran Vermicomposting

Penggunaan EM-1 dalam usaha vermicomposting amat digalakkan & penggunaannya bermula pada peringkat pra-pengkomposan bagi mempercepatkan jangka masa penguraian / pereputan sisa buangan organik.

Mikrob berfaedah mula membiak & berfungsi pada peringkat pra-pengkomposan dalam persekitaran vermicomposting. Ianya dapat menambah nilai mutu baja secara menyeluruh.

Mikrob berfaedah ada di mana-mana & ianya penting sebagai salah satu agen penguraian / pengkomposan terutamanya Lactobacillus. Ianya saling bekerjasama dengan cacing kompos dalam sistem vermicomposting. Cacing cuma akan makan jika sisa itu separa reput & memakan medium besertamikrob bagi membantu penghadaman. Oleh kerana mikrob berfaedah tertentu, sistem penghadaman cacing berupaya mensterilkan apa jua bahan mereput termasuk beberapa pathogen yang sangat merbahaya kepada manusia.

EM-1 perlu melalui proses pengaktifan menjadi EM Activated Solution ( EMAS ) sebelum boleh digunakan. EMAS perlu dicairkan dengan air bersih pada kadar nisbah tertentu bergantung kepada tujuan penggunaan.


PROSES MENGAKTIFKAN EM-1

Bahan-Bahan Yang Diperlukan :

EM-1
Gula Merah / Molases
Air Bersih ( Bebas Klorin )
Tong / Botol Plastik Berpenutup

Nisbah Bancuhan - 1 liter EM-1 : 1 liter Gula Merah / Molases : 20 liter Air Bersih
Langkah 1
Tong plastik dicuci bersih bagi menanggalkan sebarang sisa terutamanya sisa kimia.
Langkah 2
Isikan 10 liter air bersih ( suam ) ke dalam tong plastik & campurkan 1 liter molases. Goncangkan tong plastik untuk sebatikan campuran.
Langkah 3
Tambahkan 10 liter air bersih ( suam ) ke dalam tong & goncangkan bagi sebatikan campuran.
Biarkan selama lebih kurang 30 minit sehingga suhu campuran turun.
Langkah 4
Campurkan 1 liter EM-1 ke dalam tong. Goncang sekali sahaja & tutup tong plastik dengan kemas. Simpan di tempat gelap bersuhu bilik 30 C - 40 C.
EM-1 dicampur diperingkat akhir bancuhan sahaja.
Langkah 5
Selepas hari ke-3, buka penutup secara perlahan-lahan untuk melepaskan sedikit gas yang terkumpul di dalam tong yang terhasil dari tindak balas mikrob & tutup tong dengan kemas.
Langkah 6
Selepas hari ke-7 atau pH turun melebihi 3.7 menunjukkan EM Actived Solution ( EMAS ) telah sedia untuk digunakan.
Semua air yang digunakan untuk EM-1 & EMAS mestilah air bersih ( bebas klorin ).
Nisbah campuran EMAS : Air Bersih seperti berikut :
1:50 bagi tujuan pereputan
1:100/200 bagi tujuan nyah bau.
EMAS seelok-eloknya digunakan dalam masa 14 hari selepas pengaktifan. Maksima sehingga 30 hari. Elakkan terdedah kepada cahaya matahari & suhu tinggi.
EM-1 yang bertutup & tidak tercemar & tidak terdedah kepada cahaya matahari / suhu tinggi boleh digunakan sehingga 1 tahun.

Tiada ulasan: