Rabu, 13 Mei 2009

Penyedian Midium

Sarang ataupun medium merupakan tempat atau habitat, dan juga sebagai makanan cacing. Mutu dan kualiti sesuatu medium menentukan keberkesanan dan hasil penternakan cacing. Bahan beku medium boleh terdiri daripada :-

- Sayur-sayuran, buah-buahan atau apa sahaja bahan yang boleh
membusuk
- Kotoran lembu, kotoran kerbau, kotoran ayam, dan sebagainya
- Serbuk gergaji, serutan kayu, dan sebagainya
- Sekam padi atau dedaknya
- Hampas tebu
- Kotak atau kertas-kertas yang sudah tidak digunakan
(rendam sehingga hancur)
- Sisa makanan
- Jerami, pokok pisang, dan sebagainya

Langkah-langkah penyediaan Medium

-Bahan medium seperti najis ternakan perlulah direndam
sekurang-kurangnya selama 3 hari bagi memastikan segala serangga
mati, mengurangkan asid amonia dan bagi menutralkannya.
-Setelah 3 hari buangkan air rendaman supaya keadaan bahan
medium mendap 6 kepada 3 inci.
Kemudian masukkan bahan sisa pertanian seperti habuk kayu
gergaji atau serbuk sabut kelapa untuk mengawal kelembapan
medium.
-Medium harus terlebih dahulu dibalik-balikkan selama 1 hingga
2 minggu.
-Kelembapan harus dijaga 40% hingga 50%, PH 6.3 – 7.5 dan
suhu 20 – 30 darjah celcius.


CARA 1 : FERMENTASI ( KHUSUS JERAMI )
-Jerami dihancurkan atau dipotong sebesar 2 cm ke 10 cm.
Jika bahan dikhuatiri tercemar racun, maka bahan perlu direndam
selama 24 jam atau terus menerus hingga busuk.
-Bahan dikeluarkan setelah hilang racunnya dan kemudian proses
Fermentasi dilakukan di dalam drum atau lainnya.
-Fermentasi dilakukan selama 2 minggu. Sebanyak 75 % air
digunakan agar bahan terendam dan kemudian ditutup rapat
sehingga tiada udara keluar atau masuk.
-Setelah 4 hari digaul dan ditutup semula selama 1 minggu, jerami
di gaul sekali lagi dan udara dibiarkan keluar. Proses ini dipanggil
proses pendinginan. Jerami boleh digunakan sebagai bahan
medium setelah sekitar 2 hingga 4 hari.
-Untuk lebih cepat, jerami boleh direbus dan didinginkan
selama 2 hari.


CARA 2 : KOTORAN TERNAK
-Kotoran ternak perlu dijemur sehingga tahap kelembapannya cukup.
Ianya tidak boleh terlalu basah atau terlalu kering.
-Kotoran ternak ini kemudiannya digaul sehingga rata. Proses
pembuatan inii dilakukan selama 2 hingga 7 hari. Lebih lama
adalah lebih bagus.
-Syarat utama nagi penggunaan kotoran lembu adalah ; kotoran
lembu yang masih baru ataupun sehari tidak boleh dijadikan bahan
untuk medium. Ini kerana, tahap gas ammonia di dalamnya adalah
sangat tinggi dan cacing tidak boleh hidup dengannya.

-Adalah lebih baik sekiranya kotoran lembu melalui proses
Fermentasi dahulu selama 1 minggu dan didinginkan dengan cara
pengadukan sebanyak 2 hingga ke 4 kali.

CARA 3 : CAMPURAN KOTORAN TERNAK /
SERBUK GERGAJI
-Dengan nisbah 30 % serbuk gergaji dan 70% kotoran
ternak, campuran ini diaduk rata dengan penambahan air
sebanyak 30 %.
-Campuran ini direndam di dalam drum bertutup selama
10 hari. Adalah lebih baik jika rendaman ini dibuat selama
1 bulan. Campuran ini perlu diaduk seminggu sekali dan
menambah air jika perlu.

Tiada ulasan: